Kek Lapis Sarawak memiliki kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri. Unik dan unggul... Kehebatan kreativiti pengusahanya menjadikan Kek Lapis Sarawak... Tersendiri...dan Eksklusif!!
Kek Lapis Sarawak merupakan salah satu produk ikon yang sudah terkenal seantero nusantara. Dengan kepelbagaian warna yang menarik dan corak yang pelbagai, tekstur yang lembut dan gebu serta cara penyediaan yang bersih, ia boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga menjangkau 6 bulan... Semua ini menjadi satu kombinasi yang memenuhi standard dan kualiti tinggi dengan pelbagai corak dan perisa.
Anda Belum Mencuba...??
Inilah masanya... Kami menerima tempahan untuk sambutan raya sehingga 3 hari sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Kami turut menawarkan harga istimewa kepada anda dengan diskaun yang menarik.
Kualiti menjadi keutamaan kami
Kek Lapis Sarawak yang kami hasilkan diperbuat daripada ramuan yang berkualiti tinggi. Salah satu ramuannya ialah mentega. Kami menggunakan mentega berkualiti tinggi seperti Butter Fern / Butter Lite / Bakels kecuali Golden Churn memandangkan jenama tersebut menimbulkan keraguan. Kami sedia maklum dan amat prihatin akan tanggungjawab kami terhadap kemurnian dan kesucian perkakasan yang boleh menimbulkan shubhah. Kami tidak berkompromi mengenai soal aqidah dan halal - haram di dalam rezeki yang dimakan. Keutamaan kami bukanlah hanya keuntungan semata - mata, namun dalam masa yang sama, kami turut mencari keberkatan.
Nikmatilah Kek Lapis Sarawak Jemy's Layer Cakes. Kami menjanjikan produk yang berkualiti untuk dijadikan cenderamata, buah tangan, dan hadiah hantaran pertunangan/perkahwinan serta hari-hari perayaan.
Nikmatilah Kek Lapis Sarawak Jemy's Layer Cakes. Kami menjanjikan produk yang berkualiti untuk dijadikan cenderamata, buah tangan, dan hadiah hantaran pertunangan/perkahwinan serta hari-hari perayaan.